KUALA LUMPUR: Selaras dengan usaha ke arah kerajaan bebas rasuah, penerapan prinsip tadbir urus berasaskan nilai murni menggabungkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan adalah penting dalam perkhidmatan awam bagi merealisasikan pendekatan keseluruhan negara.
Menurut Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini, dua anjakan besar iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi serta perundangan berkaitan rasuah akan direalisasikan bagi mempertingkatkan tadbir urus perkhidmatan awam.
Akta Ombudsman akan digubal dan satu badan Ombudsman diperkenalkan dalam tempoh akhir RMK12 bertujuan menambah baik penguatkuasaan serta meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam menangani aduan awam.
Di samping itu, badan tersebut akan diberi kuasa untuk memastikan aduan awam ditangani dan diselesaikan dengan sewajarnya.
Menurut laporan itu dalam memperkasa fungsi audit negara, Akta Audit 1957 (Akta 62) akan dipinda bagi memperluas tugas Ketua Audit Negara (KAN).
Pindaan tersebut akan membolehkan syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan, pelaburan dan pinjaman dijamin oleh kerajaan diaudit oleh KAN.
"Pindaan ini juga akan menghalang KAN daripada terlibat dalam sebarang aktiviti atau jawatankuasa pada peringkat persekutuan atau negeri. Peranan KAN sebagai satu entiti bebas, telus dan profesional akan terus diperkukuh agar setanding dengan standard di bawah Independence of Supreme Audit Institutions dan International Organization of Supreme Audit Institutions," menurut laporan itu.
Sementara itu, bagi memperkukuh akauntabiliti dalam sumbangan politik, undang-undang baharu berkaitan sumbangan politik akan digubal untuk mengawal selia sebarang bentuk sumbangan yang dibuat oleh individu dan kumpulan berkepentingan khas.
"Sumbangan ini adalah tidak terhad semasa pilihan raya sahaja. Perundangan ini akan ditadbir urus oleh badan bebas untuk memastikan semua parti dan ahli politik, calon pilihan raya dan ejen politik bertanggungjawab kepada kedaulatan undang-undang.
"Undang-undang ini melarang penyaluran dana daripada entiti asing untuk tujuan aktiviti politik dan seterusnya meningkatkan ketelusan dalam sumbangan politik," menurut laporan itu.
Selain itu, bagi menambah baik mekanisme pelaporan pemunyaan benefisial, peruntukan berkaitan pemunyaan benefisial akan disemak semula dalam Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan dimasukkan dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) selaras dengan amalan terbaik dan standard antarabangsa.
"Semakan semula dan peruntukan baharu ini akan menumpukan kepada rangka kerja pelaporan pemunyaan benefisial dengan memberi definisi pemunyaan syer dan kawalan dalam pengurusan syarikat serta mengemas kini maklumat dan menyerahkan penyata tahunan kepada pendaftar syarikat," menurut laporan itu.
Menurut KSP, semakan semula dan peruntukan baharu itu akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh akhir RMK-12.
Menurut laporan itu, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) akan diperkukuh untuk menyelaras pengurusan harta disita dan dilucut hak melibatkan pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822) dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan.
"Di samping itu, NFCC akan menyediakan garis panduan sewajarnya dan membangunkan pangkalan data berkaitan untuk memudahkan perancangan dan pemantauan bagi menangani ketirisan dan jenayah kewangan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Undang-undang baharu berkaitan sumbangan politik akan digubal untuk mengawal selia sebarang bentuk sumbangan yang dibuat oleh individu dan kumpulan berkepentingan khas. - Gambar hiasan
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.